Nuffnang Ads

Monday, October 01, 2012

Al-fatihah - Damailah kamu di sana Sayang, Nurhazirah Atikah bt Mohd Rasidi

Bismillahirrahmanirohim.....Al-Fatihah (baca ye) .

Pagi Hari Jumaat yang lepas , 28 September 2012 bersamaan pada 12 Zulkaedah 1433, penghulu hari telah kembalinya anakanda saudaraku yang bernama Nurhazirah Atikah ke rahmatullah. Diagnosed SLE.she is only 19years old

Dapat BBM dari kakak arwah "Acik, adik x bernafas ....bibir dah biru dan hidung dah berbuih ...akak dekat emergency" . Achieq terdiam sekejap melihat BBM tersebut  .... Ya Allah hanya kau yang tahu ..itu saje yg dapat achieq fikirkan pada masa tu. War-warkan kepada my sis and bro  tapi x sampai 10 minit achieq dapat lagi satu message BBM....Achieq, Eka dah kembali ke rahmatullah sekejap tadi. Ya Allah....innalillahiwainailahirojiun.

Arwah detected sakit SLE raya last year and dah sihat . Tapi lepas raya tahun ni, kesihatan arwah semakin teruk. muka dah ada   butterfly rash and whole body ater retention as her kidney is damaged. Kasihan achieq tengok dia. Allah taala lebih sayangkan dia.

Arwah adalah seorang yang sangat ceria. manja dan comel orangnya. Damailah kamu di sana. Semoga rohmu ditempatkan bersama2 orang yang beriman sayang. Achieq redha pemergianmu, sayang.

Pada Kakak, tabahlah hatimu sayang . Cekalkanlah hatimu. Kamu seorang yang sangat kuat. Kami sekeluarga ada disisimu. Kamu kakak yang sangat mulia hatimu. Jaga adik sampai ke akhir hayatnya. Sanggup berkorban apa saja untuk adikmu (arwah). Sekiranya kau teringat akan dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan berdoa semoga Eka akan sentiasa dirahmati Allah taala. Love you.

Pada yang kurang pasti apakah penyakit SLE ini. bacalah bila ada masa ye.


 My Niece - Love you Forever and ever. Al-fatihah.

  Wassalam.

Tuesday, September 04, 2012

Raya Fever & UPSR

Salam.apa khabar ? dah abis raya ? mcmana berat badan naik x ? Alhamdulillah berat achieq maintain sebab achieq control sebab tahu raya ni sure naik badan bahana makan berlebihan. achieq ni kan satulah. makan boleh control tapi air color2 tu tak dpt menahan nak minum ajer. termasuk yang bergas lagilah sedap.

Anyway, raya tahun ni achieq cuti sekejap saje sebab kena balik kerja raya keempat. Tanggungjawab tuh. Buat dengan rela hati. tapikan cam best je kerja masa orang tak ada banyak benda boleh settle.

Raya tahun ni walaupun x lama cuti tapi meriah nak pulak puteri 4 dah boleh berjalan. pakaikan baju2 baru cute mute le jadinya. Achieq dah lama x menyambut malam raya kat Muar. seingat achieqkan lepas kahwin langsung x da. semua balik raya kedua or ketiga sebab mother raya KL dulu or turn muar malam raya my turn raya di Melaka. tahun ni hubby dengan rela hati bagi chance merasa malam raya kat Muar itu yang bestttttt sesangat. 

Raya Kedua , achieq dh berdesup ke Melaka. alaaaa....hehe takpa ahh bertolak ansur kan. camnila.
Melaka pun ok . raya sana sini sebab cukup korum adik beradiknya beraya konvoi. Dapatlah jumpa waris2 belah hubby.

cakap pasal raya memang takkan abis. SO, minggu ini pun ada byk lg undangan ke open house. makan makan n makan lagi.

Semoga semua sihat walafiat ye. Achieq akan busy menjadi guru semantara untuk Puteri 1 sebab nak periksa UPSR. so doa2kan  semoga Puteri 1 dapat menjawab soalan2 peperiksaan dengan tenang dan betul. Semoga Allah memudahkan urusan Puteri 1. Amin,

Mama confident Kakak boleh buat yang terbaik. insyaAllah. All the best kakak.


Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri

ACIK RASA ....sedih sbb tak cuti lama raya ni sobab ada deadline...huhuhu pekerja dedikasi....iyolah.
 Sedih tu adalah dalam 10% jer sbb lagi 90% tuh dah x sabar2 nak raya ni haa. raya mood dah meluap2 dalam diri.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat beraya dengan keluarga tercinta.

Dikesempatan ini, achieq dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata , terkasar perbuatan dan terngumpat (hiks *-* hamba manusia biasa) secara langsung atau tidak. sensungguhnya yang buruk dari saya dan yang baik dari Allah s.w.t .

Berhati2 di jalan raya. Berpada-pada makan di hari raya , cheating day only first raya ok.

InsyaAllah achieq sekeluarga akan beraya di MUO...dulu dan susulan ke Melaka raya kedua.


Gamabr Raya tahun lepas. Pink n Chocolate Theme. This year would be in green. mixed of all green colors. hahaha go green!!! nasib x buat baju pakai brg2 recycle. hahaha

Tahun ni  meriah ler sikit sbb putei 4 dah boleh berjalan . persiapan pun utk puteri2 dulu. dah lepas baru mak dan pak dara.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Sunday, July 22, 2012

Puasa 1 & 2

Alhamdulillah , semalam achieq dapat berbuka puasa bersama2 keluarga dan adik beradik di rumah mak. tak semua tapi meriah. achieq adalah orang yang last makan sebab kena jaga puteri 4. sambil menunggu turn agaknya dah 5 gelas achieq pulun air. HA ko, memang haus sangat. By that time achieq nak makan, dah kenyang. Hey !! good idea ...for limiting your intake...hahaha. iyolah ...after makan (not much -really) achieq pulun lagi 5 gelas air. Ya Allah, macam-macam  air kaler masuk dlm perut semalam. apa2 pun berbuka puasa bersama ayahanda bonda tercinta adalah yang terbaik dan ditunggu- tunggu. kan?

Hari ini berbuka dia rumah saje. Achieq masak asam pedas ikan parang - ada bendi dan daun kesum, standardlah kot ek. kangkong masak belacan, ayam goreng, beberapa kuih muih dan 3 ketul ayam percik yang di beli di pasar Ramadhan. Ohh tak lupa juga bubur lambuk daripada Dato' Lope . Terima Kasih Dato' . Semoga dengan niat mulia Dato' Dirahmati dan diberkati Allah s.w.t

Nak cite pasal bubur lambuk ini , achieq teringat dulu sanggup p beratur kat masjid kampung baru semata2 nak rasa bubur lambuk nih. memang orang berebut masa tu. tapi sekarang achieq rasa sure ramai dah pandai beratur kot . Comparison between bubur lambuk Kampung Baru dengan Dato' Lope. achieq pilih  Bubur Lambuk Dato' Lope (BLDL) kerana pada achieq lagi sekali pada achieq ye BLDL  rasa rempah ratusnya just nice. tak lebih tak kurang. dan ramai juga yang menunggu 2 kehadiran BLDL ni. Terbaik!. Setiap pukul 4.30pm , BLDL akan di agih-agihkan di depan stesyen Petronas di Highway Cheras Kajang sampai pukul 5.30pm. Memang banyak berkotak-kotak achieq tengok . Iyelah bior ramai yang merasa kata free ye dak. nak sedekah sedekah betul2kan...kan..kan

that's all for now .....selamat berterawih.

Semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t InsyaAllah.......amin 

Friday, July 20, 2012


ACIK RASA ....seronok. Ramadhan datang lagi.

Sebelum tu Maaf Zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa , terkutuk, termarah dan segala mala ter dalam blog ni. ampun .

Bulan July (walaupun dah nak abis ) adalah hari istimewa pada achieq, 6th July is my wedding anniversary . 12th July is my birthday . Alhamdulillah , Allah swt telah memakbulkan doa achieq .

16th Anniversary  & 38th Birthday

Firstly, Syukur ke hadrat ilahi kerana jodoh kami masih bertaut kasih dan bersimpul sayang . Semoga rumahtangga kami sentiasa di hiasi dengan gelak ketawa riang dan bahagia bersama bunga- bunga cinta yang di kelopaknya mekar mewangi. echeh dalam hati ada taman. Bukan senang nak sampai ke tahap ini kan ? segala pancaroba telah dilalui. Achieq sangat2 bersyukur kerana tidak di duga dengan perkara2 yang menghancurkan kepercayaan , kasih sayang kami berdua. InsyaAllah  and till death do us part.

Dari benci kepada sayang, hmm org dulu2 kata jangan x suka pada orang nanti jadi suami...HA! memang betul. our relationship is not from love at first sight or kenalan . totally start from scratch.....hahahaha. i dont even like him at first and really hate him coz everywhere i went in the office building surely bump to him. ......kan....apsal mamat ni. Dari tak suka ke suka, went for dating and in 2 years of relation , we got married. Hmmmm itulah dikatakna Jodoh di tangan tuhan, kita merancang yang DIA yang menentukannya.

I was 22 and can be considered young..ehem and deep from my heart, i am confident that i did the right thing. Until now, alhamdulillah. So far so good. doakan yang terbaik untuk kami ya. Abang, thank you for everything , thank you for being  such a lovely and understanding husband to me, and the best for our kids.

38th Birthday.

Alhamdulillah di panjangkan umur oleh Allah swt. Masih diberi peluang untuk mengharungi hidup dan beribadah di muka bumi ini. Ya Allah, rahmatilah dan berkatilah aku dan keluarga ku. Achieq, be a good wife, mother, daughter, relatives, friend and to whom who love you. and the good will come to you naturally. wallaaaaaa

so, achieq dapatlah seutas gelang emas daripada hubby . Alhamdullilah. ok that's all folks.
bukan gambar sebenar tp ala2 gitu ler patternnya.


Ramadan Al-Mubarak
Wassalam

Achieq rasa .......nak masak apa sahur ni ???

Friday, May 25, 2012

Assalamualaikum

Acik Rasa sangat rindu. akan lebih rajin berjumpa mu dan meluahkan perasaan ku kepada mu, adakah kamu merindui aku? aku terlalu sibuk untuk bersua dengan mu. terlalu hebat penjeratan masa untuk mu. kau sentiasa di ingatan ku , sentiasa akan kulawati mu tanpa kau sedari. tidakkah kau tahu yang akau amat menyayangimu, kau adalah pendengar setia , akur akan apa yang ku titipkan. sokong akan apa aku lirikkan.

aku akan sentiasa dan lebih rajin mengetukmu wahai......BLOGKU, :)

Friday, April 13, 2012

Cik Bon Bon

ACIK RASA ....alhamdulillah. cik bon bon dah sampai. walaupun idak le byk lebih tahun lepas namun achieq bersyukur at least Co. tolong bayorkan income tax achieq. pusing pusing kat situ gak.

so achieq, gunakanlah ia sebaik-baik mungkin. berangan nak bwk family berjalan naik kapal torobang tp kena simpan lebih skitlah.

ok, achieq nak sambung kije. semangat berkobar2 nih.

Tuesday, April 03, 2012

Penantian Satu Penyeksaan

Acik Rasa... nak kongsi dengan anda apa yang achieq tengah rasa sekarang ni. Pernah dengar "Penantian itu satu Penyeksaan" ?? pernah ? tak pernah ? sure pernah punya.

Macam-macam jenis penantian dan macam-macam penyeksaan yang kita hadapi. Ada anak2 yang menanti keputusan peperiksaan yang sangatlah lama untuk diumumkan. Ada yang menanti anak-anak di rantauan pulang ke kampung (esp masa cuti sekolah dan musim raya atau cuti khas yang panjang). Ada tunangan yang menanti untuk disatukan. Ada orang pencen menanti hari pencen keluar , ada pulak yang menanti hari gaji, apa sajalah . pada yang sabar, alhamdulillah . tapi yang tak sabar atau kurang sabar memang agak mencabar.

Bagi achieq, benda yang achieq tunggu ni memanglah setahun sekali. Cik BonBon nama diberi. HA! yang ini memang senantiasa ditunggu dan dirindui. Kenapa Cik Bonbon lama sangat nak muncul. Anak2 pun dah lama merinduinya sebab masa ni saja mereka boleh minta toys yang diidam-idamkan. Apart of happiness for some people. Let it be coz some people choose to have happiness in many ways. right ? Like I said, for me Ms Bonbon can make people happy ;). Tengoklah topic Bro, we are talking about Bonbon isnt it. we are not talking about other things okay.

Mr Income Tax pun tengah menunggu utk dibayar, jadik pusing pusing Company tolong bayorkan, bolehlah tu. semoga Allah Taala memudahkan segala urusan achieq. InsyaAllah.

Short Holiday a.k.a getaway

ACIK RASA ....teruja sebab baru balik bercuti pendek (short holiday) ke Grand Lexis Port Dickson. Alah yang bilik ada swimming pool tu. Villa achieq tu (cheh macam sendiri punya) dekat water chalets.

Pada Achieq orang yang buat tempat itu sangatlah bijak . for my family, sangatlah memorable sebab kami sekeluarga sangatlah happy dapat mandi manda tanpa dilihat oleh orang lain. Walaupun harga untuk satu malam adalah mencekik tekak jugak hehe iaitu dalam RM600 ++ but  for me its still worth it.

Lepas ni achieq rasa , achieq akan ambik di garden pool villa sajork sebab malam ada agak ketakutan mendengar air laut menderu dan dan kat dlm villa itu ada see thru glass window , so sangatlah eerie if mlm2 tengok air laut itu. we all tutup dengan bantal der....hahahahaa. Achieq ni beranak kecik sangatlah tidak digalakkan utk lihat memalam. scary ah.

Malam lepas makan we all berendam sekali lagi tapi sejuk kedi lah masing2. my princesses enjoylah sbb sebelum sebelum ini pergi holiday mana nak ada swimming malam2 kan. oh ya dalam villa itu ada kitchenette so adalah microwave oven and kettle so bolehlah buat masak2 soupy or maggi . ada juga disediakan mangkuk kecil and sudu garpu untuk dua orang. bolehlah . Yang special dekat sini disediakan bahan2 minuman lebih daripada teh atau kopi aje tp yang in ada bermacam-macam jenis teh, ada jasmine teh , green tea, ice lemon tea, gula perang dan berbagai bagai jenis gulalah. memang perfectto.

Untuk servis pelanggan, achieq boleh bagi 4 per lima sebab apa, memanglah mereka berikan yang terbaik tapi bila some staff  tengok kita orang Malaysia dan melayu terus lain plak senyuman dia. pelik gak tu. macam double standard pulak. but anyway, maybe some of them are very judgemental i guess. whatever!! full stop.

Meh tengok gambo ek (style org johor ckp) ahaks.
puteri 4 x sabor nak mandi ..."mama when is my turn" ?

3 puteri tengah seronok berenang

folks, that's all for now
nak pergi lagi? nak nak nak

Monday, March 19, 2012

somehow i schedule this post tak kluar rupanya. lambat sikit keluar.

ACIK RASA ....x bape nak suka achieq punya blog ni ditukar setting viewnya. ntah achieq tak pernah tuko pun. naik keliru nak fahamkannya. 

oklah nak bg pendapat achieq untuk  RMxxx utk satu tugas. 

Wah wah sangat bagus permintaan kwn sebelah ye. sangat tamak pada pendapat achieq. Tidakkah pernah dema dema yg sepatutnya kasihani orang-orang yang sentiasa di tindas oleh kwn sebelah ini. Bagilah 10 tugas pun dan satu harga itu , kalau memang dah tak berapa nak reti buat kerja habuk pun tara. 

eloklah majikan2 buat nursery kat office ye. atau pun jabatan kebajikan upkan sikit image nursery2 tempatan. legalkan nursery mereka. rangkakan latihan2 yang menafaat utk owner2 dan pekerja nursery. apalah susah sangat. daripada kita memeningkan kepala kita dgn org2 sebelah eloklah kita beri latihan pada yg berkenaan untuk menaiktarafkan taska taska yang ada di Malaysia nih. Yang pandai org kita juga nanti dan boleh menaiktaraf pihak2 taska. daripada  org sebelah yang tak tahu di untung dan bersyukur hendaknya. 

Sabar sabar achieq. bukan nak melawan atau mengutuk . hanya my 2 cents. achieq tetaplah jugak menjadi bibik dirumah sendiri. ahaks. walaubagaimanapun, hanya Allah s.w.t saja yang maha mengetahui. Working mothers kena lebih bersemangat. Girls Power!

Wassalam

Tuesday, March 06, 2012

ACIK RASA ....rindu nak berblog but too busy too write. later later k.

Friday, January 20, 2012

Bersemangat baru

ACIK RASA ....alah posting yg achieq buat tu dah hilang. tidak apa boleh taip lagi. Achieq baru balik darp menghadiri staff retreat office no. 2 achieq. We had fun we had joy we also were given the new direction for new year. received with a lots of stuff from them . was also awarded as one of the award. best staff per say. received one samsung wonder for the gift of the year. Alhamdulillah. macam 2 ada...ada fippers flip flop, batik sarong, toiletries bag, bath gel and lotion of mark & spencer. wow a lot right. Had a great time during the battle of the superpowers. Hmm im in Batmans team. no no...im not wearing the gear just a t-shirt n the mask. bolehlah.....kan. but our leaders esp batman leader are very very sporting. for superman, wa caya lu. hahahaha.

By the way , achieq also received RM1000 (plus minor tax) for 1st Co.'s birthday. Thank you Dato'. Please stay longer. Alhamdulillah good start for new year and hopefully until the year end . insyaAllah. Amin

Apa lagi, ooh attended hubby's niece and nephew's wedding. Puteri 3 jadi flower girl as usual sampailah umur dah tak boleh jadi flower girl agaknya. lepas ni Puteri 4 turn pulak .


Meriah dan biasalah if kenduri kahwin sure ada hiccups here and there. Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan , Menteri Besar Negeri Sembilan and Dato Najeeb attended. Dapat tangkap gambar , yes Will upload pic once i got from person who got the shot k. sebelum tu tgk ler gambar puteri 4 with her cousin at the wedding.

anyway, that's about it. Take care all. luvs