Nuffnang Ads

Sunday, July 22, 2012

Puasa 1 & 2

Alhamdulillah , semalam achieq dapat berbuka puasa bersama2 keluarga dan adik beradik di rumah mak. tak semua tapi meriah. achieq adalah orang yang last makan sebab kena jaga puteri 4. sambil menunggu turn agaknya dah 5 gelas achieq pulun air. HA ko, memang haus sangat. By that time achieq nak makan, dah kenyang. Hey !! good idea ...for limiting your intake...hahaha. iyolah ...after makan (not much -really) achieq pulun lagi 5 gelas air. Ya Allah, macam-macam  air kaler masuk dlm perut semalam. apa2 pun berbuka puasa bersama ayahanda bonda tercinta adalah yang terbaik dan ditunggu- tunggu. kan?

Hari ini berbuka dia rumah saje. Achieq masak asam pedas ikan parang - ada bendi dan daun kesum, standardlah kot ek. kangkong masak belacan, ayam goreng, beberapa kuih muih dan 3 ketul ayam percik yang di beli di pasar Ramadhan. Ohh tak lupa juga bubur lambuk daripada Dato' Lope . Terima Kasih Dato' . Semoga dengan niat mulia Dato' Dirahmati dan diberkati Allah s.w.t

Nak cite pasal bubur lambuk ini , achieq teringat dulu sanggup p beratur kat masjid kampung baru semata2 nak rasa bubur lambuk nih. memang orang berebut masa tu. tapi sekarang achieq rasa sure ramai dah pandai beratur kot . Comparison between bubur lambuk Kampung Baru dengan Dato' Lope. achieq pilih  Bubur Lambuk Dato' Lope (BLDL) kerana pada achieq lagi sekali pada achieq ye BLDL  rasa rempah ratusnya just nice. tak lebih tak kurang. dan ramai juga yang menunggu 2 kehadiran BLDL ni. Terbaik!. Setiap pukul 4.30pm , BLDL akan di agih-agihkan di depan stesyen Petronas di Highway Cheras Kajang sampai pukul 5.30pm. Memang banyak berkotak-kotak achieq tengok . Iyelah bior ramai yang merasa kata free ye dak. nak sedekah sedekah betul2kan...kan..kan

that's all for now .....selamat berterawih.

Semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t InsyaAllah.......amin 

Friday, July 20, 2012


ACIK RASA ....seronok. Ramadhan datang lagi.

Sebelum tu Maaf Zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa , terkutuk, termarah dan segala mala ter dalam blog ni. ampun .

Bulan July (walaupun dah nak abis ) adalah hari istimewa pada achieq, 6th July is my wedding anniversary . 12th July is my birthday . Alhamdulillah , Allah swt telah memakbulkan doa achieq .

16th Anniversary  & 38th Birthday

Firstly, Syukur ke hadrat ilahi kerana jodoh kami masih bertaut kasih dan bersimpul sayang . Semoga rumahtangga kami sentiasa di hiasi dengan gelak ketawa riang dan bahagia bersama bunga- bunga cinta yang di kelopaknya mekar mewangi. echeh dalam hati ada taman. Bukan senang nak sampai ke tahap ini kan ? segala pancaroba telah dilalui. Achieq sangat2 bersyukur kerana tidak di duga dengan perkara2 yang menghancurkan kepercayaan , kasih sayang kami berdua. InsyaAllah  and till death do us part.

Dari benci kepada sayang, hmm org dulu2 kata jangan x suka pada orang nanti jadi suami...HA! memang betul. our relationship is not from love at first sight or kenalan . totally start from scratch.....hahahaha. i dont even like him at first and really hate him coz everywhere i went in the office building surely bump to him. ......kan....apsal mamat ni. Dari tak suka ke suka, went for dating and in 2 years of relation , we got married. Hmmmm itulah dikatakna Jodoh di tangan tuhan, kita merancang yang DIA yang menentukannya.

I was 22 and can be considered young..ehem and deep from my heart, i am confident that i did the right thing. Until now, alhamdulillah. So far so good. doakan yang terbaik untuk kami ya. Abang, thank you for everything , thank you for being  such a lovely and understanding husband to me, and the best for our kids.

38th Birthday.

Alhamdulillah di panjangkan umur oleh Allah swt. Masih diberi peluang untuk mengharungi hidup dan beribadah di muka bumi ini. Ya Allah, rahmatilah dan berkatilah aku dan keluarga ku. Achieq, be a good wife, mother, daughter, relatives, friend and to whom who love you. and the good will come to you naturally. wallaaaaaa

so, achieq dapatlah seutas gelang emas daripada hubby . Alhamdullilah. ok that's all folks.
bukan gambar sebenar tp ala2 gitu ler patternnya.


Ramadan Al-Mubarak
Wassalam

Achieq rasa .......nak masak apa sahur ni ???