Nuffnang Ads

Thursday, June 25, 2009

Heavy Rain

ACIK RASA ....takut smlm sebab balik dr opis hujan lebat sangat. semua org tahukan tapi yang paling mengerikan angin dan petir sabung menyabung. acik drove smlm so, tak do lah ambik gambo. hiks kot krg sibuk snap sini snap sana ..acik pulak kena snap dak petir tak ke haru namanya. Don't play play haa....

Kesian papa balik smlm naik motor ...kuyup ler. yang bestnyer naik motor pen letak kat poket baju...hujan mencurah2 sudahnya pen dok meninggalkan dakwat kat baju kerja...chet jgn sampai ke baju saje kat badan pun ada. tergelak2 ler kami 4 beranak (me & girls) tengok perut papa turned to black colour u.

Nasib tak jadik increcible hulk. opps gambo tak delah ek....18sx plak. lagipun biorlah papa tak glam cam mamakan...tak de maknanya....hehehe

ok c ya

acik rasa : tunggukan post acik pasal treasure hunt ek...

Treasure Hunters

ACIK RASA ....suka akan acitivity treasure hunt. Company acik tiap2 tahun lah buat acik mesti join. ada kalah ada yg menang. biasalah adat bertandingkan. kadang2 company lain buat acik ada jugak join. memang menduga kebijaksanaan kita.











It' really fun. So challenging sometimes and most important thing is the satisfaction when you've solved the question esp for the treasure question.











So, for those who need additional members to go for hunt..call me or email me k.





Enjoy the photo, i only hv some here and will upload more later.











Start - 2005




Prize Giving 2005
- 8th Place





C ya

Wednesday, June 24, 2009

Kesian

ACIK RASA ....kesian pulak ngan anak acik yg first , shasha. Itulah masa belajar maths semalam kena pelepuk juga lah sekali sebab tak nak buat betul2. Belajar main-main betul. Dah ajar banyak kali pun lupa lagi. Tahap kesabaran acik semalam memang tercabar. dah kena lepuk , kesian pulak tengok dia terisak2. Apakan daya , bukan senang nak jadi pandaikan. Kakak kena selalu practice maths kakak tu .

Tak pa malam ni kita buat lagi , mama takkan marah sebab dah marah semalam yo yo o....

acik rasa : cian ko kak. Pernahkah mengalami seperti acik?

Tuesday, June 23, 2009

Serupa tapi tak sama

ACIK RASA ....saje nak letak gambar acik dengan kak Long rock acik. Gambar ni diambil masa kenduri Ilhan di Sg. Buloh minggu lepas.
Acik ada 2 orang kakak. Sorang lagi tu ala2 coporate people so cam idak le acik masukkan gambo dia. tapi along ok. sama tak muka acik dengan dia. Haa if nak tahu gelaran 'acik cun' adalah dari along and anak2 dialah.
Along acik ni semua subject dia leh masuk, pandai masak pulak tu.

Along acik ada 4 org anak. dah besor2 dah tinggal yang bongsu je dlm 5 tahun. Apiq nicknamenya, budak kenit ni mulut mak aiih macam org tua...setiap word yang keluar dari mulut dia mesti acik tergelak tergolek terguling punya..

contoh: mama bila baby nak susu panas ni.lama dah order.berapa banyak order nak bagi.
adoilah...memang budak apiq ni lah...along apa lagi..apo nak dikatolah.

Dulu masa acik kecik2 taklah rapat sangat dengan along alah sebab dulu kita budak kecik mana boleh join anak2 dara. nyibuk je kan. pernah gak lah acik kena cubit ngan dia...chit! tapi sekarang kamcing oohh rahsiamu rahsia ku jua...

Along , lu ROCK babeh!

acik rasa : bila nak ber'sopang' lagi dengan along ni...

Ain demam


ACIK RASA ....kesian tengok si kenit ni dok demam.


dialog


ain : koh koh koh (batuk) mama ain demam kan ..ain tak boleh pergi schoolkan ain kecik lagi..kesian ain demam ....show her puppy eyes. itu kira ok lagi , if dia sihat macam idea dia ada.


ewah2 alasan tu ek. acik tahu memang ler dia demam tapi tak lah teruk bebenor pung. hai..tak dok diam le phone acik , si kenit ni dok talipon tak sudah al-maklum ler baru kenal angka katanya. asyik call mobile acik. kejap nak makan tulah kejap lagi kang tak nak pergi mengajilah. silap2 kakak2 dia pun buat lah suara suara lunak kata tak nak pi ngaji jugak. itu memang lah modus operandi tiga beradik ni kalau seorang tak pergi sekolah sebab tak sihat , so mengaji pun al -tak pergilah..the two got jealous sure tak nak pergi juga. Hmm tak da maknanya anak2 ku...mengaji mesti pergi kalau tak sapa yang rugi ha....
acik rasa : macam nak domam gak...

Make Up lebih sikit

ACIK RASA ....acik bangga hari ni sbb tengah syok dok nak make up blog ni. takpa takpa pelan2 belajor ok.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

ACIK RASA ....acik saja nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada Ayahanda Hj Mustapha, Ayahanda Mertua Hj Rabu@Rahim, Suami tercinta ARZ a.k.a papa , you guys are the best !!!!!

Abah
Acik memang rapat ngan abah dari mak sbb acik ada adik setahun lepas acik je so mak dah busy ngan acu. Abah banyak mengajar acik berdikari. Abah seorang yang tegas tapi jarang marah anak2nya. Abah suka menyakat cucu2 dia especially anak acik yg no. 2 -comel sangat.kalau dapat kat abah sure abah gigit cubit kawan tu sampai menjerit2. Abah dulu seorang askar. kami banyak menghabiskan waktu ngan mak kat rumah sbb mak housewife. tapi kami tahu abah busy menjaga keamanan negara tercinta. Abah seorang yang peramah dan seorang yang dikenali di taman perumahan. Geng surau pun ramai . Abah seorang yang suka berbelanja pasal makanan. Abah rajin menalipon anak2 sekiranya kami jarang talipon dirumah abah. Abah faham kami sibuk ngan kerja dan keluarga. Walaupun kami dah berkeluarga semua tapi kadang2 abah akan panggil kami semua makan dirumah abah . Abah akan suruh emak masak sedap2. abah memang suka kami berkumpul reramai di rumahnya.
Alhamdulillah abah masih sihat walaupun abah menghidap kencing manis . up and down darah abah tu . Abah kurang menjaga pemakanan. Acik doakan semoga Allah memanjangkan umur abah dan sentiasa dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik. Acik sayang abah selalu.


ayah
Ayah mertua acik seorang yang pendiam. Baik hati , rasional dan lembut. Acik tahu ayah sayang anak menantunya tapi pada acik dia seorang yang tidak senang untuk menunjukkan kasih dan sayangnya. Ayah acik baru saje menjalankan pembedahan lutut. sekarang Alhamdulillah dah sihat dah. Acik hormat ayah kerana dia bukan seorang yang berat sebelah. hik biorlah acik sorang yang faham udah ler ye. Ayah dan papa kurang mesra pada waktu papa bujang kerana papa dibesarkan dan dijaga dikampung. Enam tahun lepas satu kejadian yang menyayat hati di antara ayah sekeluarga dan papa. Acik sangat sedih. dua dua salah dalam perkara ini. Ni ha...pada masa itu papa terus merajuk hati dengan cucukkan kiri dan kanan, hubungan mereka sangat jauh. Sudah beberapa kali acik memujuk supaya berbaik2 semula. Sedar akan jatuhnya papa sebagai anak derhaka walaupun bukan kesalahan papa, acik rasa acik perlu berbuat sesuatu . Dengan tebal muka acik berjumpa dgn abg sulung papa merayu untuk mengembalikan hubungan anak beranak ni. Alhamdulillah , dengan izin Allah mereka berbaik2 semula pada hari raya 2003. Ayah, maafkanlah kami sekeluarga sekiranya perbuatan yg kurang matang kami semasa itu menyinggung perassan ayah dan omak. Terima kasih ayah kerana menerima acik sbg menantu rock ayah.

Papa

Wah kalau nak cerita pasal papa , 2 hari 2 mlm pun tka habis ler. Alhamdulillah papa telah menjadi seorang suami dan ayah anak 2 kita yang baik. Suka buat kelakar, suka bergurau dan yang best sekali suka menyakat adriana. Sangat bertanggungjawab . rajin jaga anak2 tapi tulah kekadang kenalah alert lagi yek. Anak2 mu sangat bahagia , acik pun bahagia bersama papa. tiada cerita yg kurang enak didengar dlm perkahwinan kita. Alhamdulillah. papa sangat sabar sebab kekdang bila yg kenit nak susu pun tak leh dengar tapi takpa acik ok lg sbb makcik ada...if takda kenalah tolong menolongkan. papa suka pakai t-shirt yg selalu dipakai hari Ahad . acik dan anak2 panggil t-shirt 'busuk'. papa punyalah berlambak t-shirt dlm almari tapi tu jugak ler yg dipakai. Acik dan anak2 akan sentiasa mendoakan kesejahteraan papa serta kita sekeluarga. Papa ex-gratia jgn lupa share ek...Love u forever.


Pergh naik kejung jari acik menaip. utk pak long, pak ngah, pak lang, pak anjang and acu (walaupun lum ada anak , anak2 buah semua syor ngan acu) . selamat menyambut hari bapa gak ler.....

acik rasa ...... bosan tahap gaban kat opis nie.

Thursday, June 18, 2009

kembali menaip

ACIK RASA ....

hmmm terasa pulak nak mengeblog balik selepas 3 thn bersawang. Insyallah will strive my best to update this blog. wokey. chiow

acik rasa : atte kalau dr 2006 acik menulis ni mau dah boleh buat buku ek...