Nuffnang Ads

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

ACIK RASA ....acik saja nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada Ayahanda Hj Mustapha, Ayahanda Mertua Hj Rabu@Rahim, Suami tercinta ARZ a.k.a papa , you guys are the best !!!!!

Abah
Acik memang rapat ngan abah dari mak sbb acik ada adik setahun lepas acik je so mak dah busy ngan acu. Abah banyak mengajar acik berdikari. Abah seorang yang tegas tapi jarang marah anak2nya. Abah suka menyakat cucu2 dia especially anak acik yg no. 2 -comel sangat.kalau dapat kat abah sure abah gigit cubit kawan tu sampai menjerit2. Abah dulu seorang askar. kami banyak menghabiskan waktu ngan mak kat rumah sbb mak housewife. tapi kami tahu abah busy menjaga keamanan negara tercinta. Abah seorang yang peramah dan seorang yang dikenali di taman perumahan. Geng surau pun ramai . Abah seorang yang suka berbelanja pasal makanan. Abah rajin menalipon anak2 sekiranya kami jarang talipon dirumah abah. Abah faham kami sibuk ngan kerja dan keluarga. Walaupun kami dah berkeluarga semua tapi kadang2 abah akan panggil kami semua makan dirumah abah . Abah akan suruh emak masak sedap2. abah memang suka kami berkumpul reramai di rumahnya.
Alhamdulillah abah masih sihat walaupun abah menghidap kencing manis . up and down darah abah tu . Abah kurang menjaga pemakanan. Acik doakan semoga Allah memanjangkan umur abah dan sentiasa dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik. Acik sayang abah selalu.


ayah
Ayah mertua acik seorang yang pendiam. Baik hati , rasional dan lembut. Acik tahu ayah sayang anak menantunya tapi pada acik dia seorang yang tidak senang untuk menunjukkan kasih dan sayangnya. Ayah acik baru saje menjalankan pembedahan lutut. sekarang Alhamdulillah dah sihat dah. Acik hormat ayah kerana dia bukan seorang yang berat sebelah. hik biorlah acik sorang yang faham udah ler ye. Ayah dan papa kurang mesra pada waktu papa bujang kerana papa dibesarkan dan dijaga dikampung. Enam tahun lepas satu kejadian yang menyayat hati di antara ayah sekeluarga dan papa. Acik sangat sedih. dua dua salah dalam perkara ini. Ni ha...pada masa itu papa terus merajuk hati dengan cucukkan kiri dan kanan, hubungan mereka sangat jauh. Sudah beberapa kali acik memujuk supaya berbaik2 semula. Sedar akan jatuhnya papa sebagai anak derhaka walaupun bukan kesalahan papa, acik rasa acik perlu berbuat sesuatu . Dengan tebal muka acik berjumpa dgn abg sulung papa merayu untuk mengembalikan hubungan anak beranak ni. Alhamdulillah , dengan izin Allah mereka berbaik2 semula pada hari raya 2003. Ayah, maafkanlah kami sekeluarga sekiranya perbuatan yg kurang matang kami semasa itu menyinggung perassan ayah dan omak. Terima kasih ayah kerana menerima acik sbg menantu rock ayah.

Papa

Wah kalau nak cerita pasal papa , 2 hari 2 mlm pun tka habis ler. Alhamdulillah papa telah menjadi seorang suami dan ayah anak 2 kita yang baik. Suka buat kelakar, suka bergurau dan yang best sekali suka menyakat adriana. Sangat bertanggungjawab . rajin jaga anak2 tapi tulah kekadang kenalah alert lagi yek. Anak2 mu sangat bahagia , acik pun bahagia bersama papa. tiada cerita yg kurang enak didengar dlm perkahwinan kita. Alhamdulillah. papa sangat sabar sebab kekdang bila yg kenit nak susu pun tak leh dengar tapi takpa acik ok lg sbb makcik ada...if takda kenalah tolong menolongkan. papa suka pakai t-shirt yg selalu dipakai hari Ahad . acik dan anak2 panggil t-shirt 'busuk'. papa punyalah berlambak t-shirt dlm almari tapi tu jugak ler yg dipakai. Acik dan anak2 akan sentiasa mendoakan kesejahteraan papa serta kita sekeluarga. Papa ex-gratia jgn lupa share ek...Love u forever.


Pergh naik kejung jari acik menaip. utk pak long, pak ngah, pak lang, pak anjang and acu (walaupun lum ada anak , anak2 buah semua syor ngan acu) . selamat menyambut hari bapa gak ler.....

acik rasa ...... bosan tahap gaban kat opis nie.

5 comments:

Mimy Hamid said...

akak ada blog rupanya........heheheh

Achieq said...

Hehe tu ahh tak leh tahan tengok mimi nyer ahh...inspirasional tul !!!...

PUTUBAMBU said...

Ida...........yuhuuuuuu..!

tambah le chat box kat tepi tu Da.. boleh le masuk chat sesekali.

buh gambor anak2 latest...aku nak tengok

Achieq said...

orait net..tengah belajor nak wat prahic..ngaji tempat ko ni. erkk camner nak add chatbox tu..kasi ajor sat..:)

PUTUBAMBU said...

ko right click le kat chat box aku tu.. pehtu masuk terus website tu..

ikut jek instruction dia.. senang je..