Nuffnang Ads

Monday, November 03, 2014

Double standard

As Salam, buat apa tu ...hiks achieq nak bebel sikit pasal double standard nih. bukan rasa apa pun cuma terfikir 2 apa yang orang lain berfikir bila buat "perangai" double standard nih. 

Pernah ke you all buat kat orang macam tu, dekat keluarga ? dekat kawan2? dekat boyfriend2 ..eh , girlfriend2 ? Pernah x?

Achieq bagi contoh lah ye .

Pernah ke you all pergi ke satu kedai and then the salesman tu macam buat buat tak Nampak kat kita ? macam kita tak mampu beli barang kat situ kan...pernah kan.

Pernah tak juga , pinggan yang di pakai oleh mak mertua masa korang datang makan beza ngan pinggan yang digunakan semasa fav anak or other menantu datang makan. ko punya itulah yang sompek sompek dibaginya...if yang datang tu favourite tu dibawaknya kluor daripada kotak lagih..heheh pernah kan? heheh

Pernah x korang belanja geng pun x sama bila yang ko suka mahal sikit tapi yg geng biasa2 murah sikit ahhh....pernah x ? achieq pernah buat yang ni hiks. yang ni sapo baik dgn den , den 10 kali baik ngan korang.

Bagi hadiah pun lain2 . yang ni achieq tengok fulus achieq if masa tu kaya raya gedabaklah ko dapt tapi kalau masa tu sorru pun miss alamatnya kotak tissue jerlah ko dapat. hehehehe pernah x ? pernah kan

apa lagi yang kite mendoublekan standard yang kdg2 kita x perasan.

hah lagi satu pergi  rumah orang kahwin, pergi jemputan ni mcm2 if orang yang jemput korang tu buat kat hotel tudiaaa besar punya hadiah dibaginya kekonon nak sama standard ler tu  ..if buat kat kampong nak salam kaut pun berkira kan ....pernah x ? pernah kan....

Achieq saje je Tanya korang nih sebab rasa macam2 dah achieq tengok dan kdg2 achieq pun pernah experience n buat juga *tutup muka malu tapi itulah lumrah alam. ada yang orang suka ada yang orang tak suka mcm kita juga.

Pada achieq , buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Betul tak ?  ..usah di layan usah sentap happy happy aje udahlah ye. Life is short do whatever you think is best for you asal tidak melampau.

Ok take care and don't worry be happy ....yeay

Achieq rasa lega















Tuesday, July 01, 2014

ACIK RASA Syukur....Ramadhan yang ketiga (3) .

syukur ku pada mu Ya Allah. banyak perubahan terhadap princesses ku. semoga mereka kekal sebegitu ya. Keep it up girls. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kami sekeluarga dan dilimpahi rezeki dan kasih sayang drMu.

Tempat rezeki ku...setahun sudah berlalu. banyak juga liku2 yang ditempuhi tapi achieq percaya ada hikmah disebaliknya. mungkin Allah Taala ingin memberi achieq sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Hanya Allah saje yang tahu . Terima kasih pada yang ikhlas memberi tunjuk ajar.

Sahabat2 ku.....syukur Alhamdulillah dikurniakan sahabat2 yang kenal erti sahabat sejati. Yang x sejati pun ada juga tp xpe lah udah itu yang dipilih oleh mereka. sahabat silih berganti. Hargailah mereka yang sejati kan ..

Al-fatihah untuk eka, rindu sgt dengan awak adik. Semoga roh mu ditempatkan bersama2 orang yang solehah.

Selamat Berpuasa dan Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah.



Monday, July 29, 2013

OMG OMG

Achieq rasa mcm dah in raya mood....happy happy juga tp sedih sedih juga sbb this year raya tanpa kamu Nurhazirah Atiqah a.k.a eka , beckam, pet and adik. Miss u miss u ..Al-fatihah. (baca tau)
 
Ok, life must go on. Dalam kepala otak achieq ni mcm mcm nak buat . Kuih raya nak buat , yg beli lain. nak tukar langsir( hmm x beli baru just recycle ok) , nak kemas rumah , nak lap ni nak lap tu, nak pasang nih nak pasang tuh....atte macam macam keroje katenyer. Perggh penat weiii. askar2 wataniah ikut mood gak ,,puasa ler katakan.
 
Eh mike2 , awak, ko, kau, mung, you , dema udah beli baju raye. oooi achieq sakan beli baju puteri2 , beli utk mak, beli utk mak mertua , pak mertua, adik ipar bagai, untuk rumah pun belilah sarung yang dah lama x bertukar....hmm hatta baju melayu che abe pun beli jugak....bila dah selesai semua. Dua tiga hari juga ler achieq dok pikior2 apa lg yg x beli. Omaigad!! OMG OMG atte teman lupa nak beli untuk teman baju raya. hmm tak apelah budget pun dah abis. pakai jerlah tahun 2 yg lepas. (sessi menguruskan badan tau- erks tersedak jap) hrp2 boleh muat lagi ye.
 
Macam ok jer x beli baju raya. Ehhh jgnlah ingat saya shopping sakan. beli yang wajib jer tuh. byk benor ayat beli ....kuasa membeli di tangan wanita. hahahaha
 
takpa2 , next year kita buat kuasa menjual..baru masyuk. tapi nak jual apa ek. ok nak plan baikkk punyer. harap2 dipermudahkan.
 
Oklah nak balik masak. lauk apa plak hari ni Chef Achieq nak masak ya. oh man i've got no idea. bagi idea cepatttt....kemabukan kepuasaan (cikgu cikgi abaikan bahasa pasar teman yer).
 
Ok Selamat Berpuasa yang 10 terakhir, semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah Taala.
 
Wassalam
 
Achieq rasa macam bertenaga balik untuk ber'blog'
 
 
Dear Blogku, Achieq rasa malu ....*katup muka* sebab dah lama no tak update blog nih. ada beberapa sebab yer readers ....

1. Kesibukan yang melampau untuk penghijrahan ke tempat kerja yang baru. How i survived with someone who cant accept that im leaving him for goods. Soo many un ethical actions he acted. But it's ok , i believed in Hukum Karma. Allah Maha Adil.
 
2. Adapting of the new place including of work , environment, colleagues as well as culture. Phewww, alot more to learn. New friends to make. New working relation to built. InsyaAllah i will survive. Thanks to adik2 sexytary, Mimi, Tiqah and Diana who helps a lot for this movement. The new guidance and new direction from new boss as well.   
 
3. Bulan puasa. Hmmm for working mothers like me , no rest lah. but its ok. life is short so enjoy regardless how tired are you.
 
4. bz2 menjadi ibu yang berkerja. Puteri keempat dah semakin bijak dan bermacam-macam ragam. puteri2 yang lain juga sedang meningkat dewasa. OMG, she is so demanding now. i guess terlebih makan kismis kot. haha si kenit pelat nih in learning stage and trying an error stage soooooo sabor sabor k achieq. am also worrying about my 2nd princess UPSR in Sept. study study study ...why ? im in need to study of their subjects too. 
I'll try my best to keep updated from now on . Yup another promises... Well at least i have a gut to promise right . 

Ok gtg .......

Achieq feelssss wonderful.

Monday, October 01, 2012

Al-fatihah - Damailah kamu di sana Sayang, Nurhazirah Atikah bt Mohd Rasidi

Bismillahirrahmanirohim.....Al-Fatihah (baca ye) .

Pagi Hari Jumaat yang lepas , 28 September 2012 bersamaan pada 12 Zulkaedah 1433, penghulu hari telah kembalinya anakanda saudaraku yang bernama Nurhazirah Atikah ke rahmatullah. Diagnosed SLE.she is only 19years old

Dapat BBM dari kakak arwah "Acik, adik x bernafas ....bibir dah biru dan hidung dah berbuih ...akak dekat emergency" . Achieq terdiam sekejap melihat BBM tersebut  .... Ya Allah hanya kau yang tahu ..itu saje yg dapat achieq fikirkan pada masa tu. War-warkan kepada my sis and bro  tapi x sampai 10 minit achieq dapat lagi satu message BBM....Achieq, Eka dah kembali ke rahmatullah sekejap tadi. Ya Allah....innalillahiwainailahirojiun.

Arwah detected sakit SLE raya last year and dah sihat . Tapi lepas raya tahun ni, kesihatan arwah semakin teruk. muka dah ada   butterfly rash and whole body ater retention as her kidney is damaged. Kasihan achieq tengok dia. Allah taala lebih sayangkan dia.

Arwah adalah seorang yang sangat ceria. manja dan comel orangnya. Damailah kamu di sana. Semoga rohmu ditempatkan bersama2 orang yang beriman sayang. Achieq redha pemergianmu, sayang.

Pada Kakak, tabahlah hatimu sayang . Cekalkanlah hatimu. Kamu seorang yang sangat kuat. Kami sekeluarga ada disisimu. Kamu kakak yang sangat mulia hatimu. Jaga adik sampai ke akhir hayatnya. Sanggup berkorban apa saja untuk adikmu (arwah). Sekiranya kau teringat akan dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan berdoa semoga Eka akan sentiasa dirahmati Allah taala. Love you.

Pada yang kurang pasti apakah penyakit SLE ini. bacalah bila ada masa ye.


 My Niece - Love you Forever and ever. Al-fatihah.

  Wassalam.

Tuesday, September 04, 2012

Raya Fever & UPSR

Salam.apa khabar ? dah abis raya ? mcmana berat badan naik x ? Alhamdulillah berat achieq maintain sebab achieq control sebab tahu raya ni sure naik badan bahana makan berlebihan. achieq ni kan satulah. makan boleh control tapi air color2 tu tak dpt menahan nak minum ajer. termasuk yang bergas lagilah sedap.

Anyway, raya tahun ni achieq cuti sekejap saje sebab kena balik kerja raya keempat. Tanggungjawab tuh. Buat dengan rela hati. tapikan cam best je kerja masa orang tak ada banyak benda boleh settle.

Raya tahun ni walaupun x lama cuti tapi meriah nak pulak puteri 4 dah boleh berjalan. pakaikan baju2 baru cute mute le jadinya. Achieq dah lama x menyambut malam raya kat Muar. seingat achieqkan lepas kahwin langsung x da. semua balik raya kedua or ketiga sebab mother raya KL dulu or turn muar malam raya my turn raya di Melaka. tahun ni hubby dengan rela hati bagi chance merasa malam raya kat Muar itu yang bestttttt sesangat. 

Raya Kedua , achieq dh berdesup ke Melaka. alaaaa....hehe takpa ahh bertolak ansur kan. camnila.
Melaka pun ok . raya sana sini sebab cukup korum adik beradiknya beraya konvoi. Dapatlah jumpa waris2 belah hubby.

cakap pasal raya memang takkan abis. SO, minggu ini pun ada byk lg undangan ke open house. makan makan n makan lagi.

Semoga semua sihat walafiat ye. Achieq akan busy menjadi guru semantara untuk Puteri 1 sebab nak periksa UPSR. so doa2kan  semoga Puteri 1 dapat menjawab soalan2 peperiksaan dengan tenang dan betul. Semoga Allah memudahkan urusan Puteri 1. Amin,

Mama confident Kakak boleh buat yang terbaik. insyaAllah. All the best kakak.


Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri

ACIK RASA ....sedih sbb tak cuti lama raya ni sobab ada deadline...huhuhu pekerja dedikasi....iyolah.
 Sedih tu adalah dalam 10% jer sbb lagi 90% tuh dah x sabar2 nak raya ni haa. raya mood dah meluap2 dalam diri.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat beraya dengan keluarga tercinta.

Dikesempatan ini, achieq dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata , terkasar perbuatan dan terngumpat (hiks *-* hamba manusia biasa) secara langsung atau tidak. sensungguhnya yang buruk dari saya dan yang baik dari Allah s.w.t .

Berhati2 di jalan raya. Berpada-pada makan di hari raya , cheating day only first raya ok.

InsyaAllah achieq sekeluarga akan beraya di MUO...dulu dan susulan ke Melaka raya kedua.


Gamabr Raya tahun lepas. Pink n Chocolate Theme. This year would be in green. mixed of all green colors. hahaha go green!!! nasib x buat baju pakai brg2 recycle. hahaha

Tahun ni  meriah ler sikit sbb putei 4 dah boleh berjalan . persiapan pun utk puteri2 dulu. dah lepas baru mak dan pak dara.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Sunday, July 22, 2012

Puasa 1 & 2

Alhamdulillah , semalam achieq dapat berbuka puasa bersama2 keluarga dan adik beradik di rumah mak. tak semua tapi meriah. achieq adalah orang yang last makan sebab kena jaga puteri 4. sambil menunggu turn agaknya dah 5 gelas achieq pulun air. HA ko, memang haus sangat. By that time achieq nak makan, dah kenyang. Hey !! good idea ...for limiting your intake...hahaha. iyolah ...after makan (not much -really) achieq pulun lagi 5 gelas air. Ya Allah, macam-macam  air kaler masuk dlm perut semalam. apa2 pun berbuka puasa bersama ayahanda bonda tercinta adalah yang terbaik dan ditunggu- tunggu. kan?

Hari ini berbuka dia rumah saje. Achieq masak asam pedas ikan parang - ada bendi dan daun kesum, standardlah kot ek. kangkong masak belacan, ayam goreng, beberapa kuih muih dan 3 ketul ayam percik yang di beli di pasar Ramadhan. Ohh tak lupa juga bubur lambuk daripada Dato' Lope . Terima Kasih Dato' . Semoga dengan niat mulia Dato' Dirahmati dan diberkati Allah s.w.t

Nak cite pasal bubur lambuk ini , achieq teringat dulu sanggup p beratur kat masjid kampung baru semata2 nak rasa bubur lambuk nih. memang orang berebut masa tu. tapi sekarang achieq rasa sure ramai dah pandai beratur kot . Comparison between bubur lambuk Kampung Baru dengan Dato' Lope. achieq pilih  Bubur Lambuk Dato' Lope (BLDL) kerana pada achieq lagi sekali pada achieq ye BLDL  rasa rempah ratusnya just nice. tak lebih tak kurang. dan ramai juga yang menunggu 2 kehadiran BLDL ni. Terbaik!. Setiap pukul 4.30pm , BLDL akan di agih-agihkan di depan stesyen Petronas di Highway Cheras Kajang sampai pukul 5.30pm. Memang banyak berkotak-kotak achieq tengok . Iyelah bior ramai yang merasa kata free ye dak. nak sedekah sedekah betul2kan...kan..kan

that's all for now .....selamat berterawih.

Semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t InsyaAllah.......amin 

Friday, July 20, 2012


ACIK RASA ....seronok. Ramadhan datang lagi.

Sebelum tu Maaf Zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa , terkutuk, termarah dan segala mala ter dalam blog ni. ampun .

Bulan July (walaupun dah nak abis ) adalah hari istimewa pada achieq, 6th July is my wedding anniversary . 12th July is my birthday . Alhamdulillah , Allah swt telah memakbulkan doa achieq .

16th Anniversary  & 38th Birthday

Firstly, Syukur ke hadrat ilahi kerana jodoh kami masih bertaut kasih dan bersimpul sayang . Semoga rumahtangga kami sentiasa di hiasi dengan gelak ketawa riang dan bahagia bersama bunga- bunga cinta yang di kelopaknya mekar mewangi. echeh dalam hati ada taman. Bukan senang nak sampai ke tahap ini kan ? segala pancaroba telah dilalui. Achieq sangat2 bersyukur kerana tidak di duga dengan perkara2 yang menghancurkan kepercayaan , kasih sayang kami berdua. InsyaAllah  and till death do us part.

Dari benci kepada sayang, hmm org dulu2 kata jangan x suka pada orang nanti jadi suami...HA! memang betul. our relationship is not from love at first sight or kenalan . totally start from scratch.....hahahaha. i dont even like him at first and really hate him coz everywhere i went in the office building surely bump to him. ......kan....apsal mamat ni. Dari tak suka ke suka, went for dating and in 2 years of relation , we got married. Hmmmm itulah dikatakna Jodoh di tangan tuhan, kita merancang yang DIA yang menentukannya.

I was 22 and can be considered young..ehem and deep from my heart, i am confident that i did the right thing. Until now, alhamdulillah. So far so good. doakan yang terbaik untuk kami ya. Abang, thank you for everything , thank you for being  such a lovely and understanding husband to me, and the best for our kids.

38th Birthday.

Alhamdulillah di panjangkan umur oleh Allah swt. Masih diberi peluang untuk mengharungi hidup dan beribadah di muka bumi ini. Ya Allah, rahmatilah dan berkatilah aku dan keluarga ku. Achieq, be a good wife, mother, daughter, relatives, friend and to whom who love you. and the good will come to you naturally. wallaaaaaa

so, achieq dapatlah seutas gelang emas daripada hubby . Alhamdullilah. ok that's all folks.
bukan gambar sebenar tp ala2 gitu ler patternnya.


Ramadan Al-Mubarak
Wassalam

Achieq rasa .......nak masak apa sahur ni ???

Friday, May 25, 2012

Assalamualaikum

Acik Rasa sangat rindu. akan lebih rajin berjumpa mu dan meluahkan perasaan ku kepada mu, adakah kamu merindui aku? aku terlalu sibuk untuk bersua dengan mu. terlalu hebat penjeratan masa untuk mu. kau sentiasa di ingatan ku , sentiasa akan kulawati mu tanpa kau sedari. tidakkah kau tahu yang akau amat menyayangimu, kau adalah pendengar setia , akur akan apa yang ku titipkan. sokong akan apa aku lirikkan.

aku akan sentiasa dan lebih rajin mengetukmu wahai......BLOGKU, :)

Friday, April 13, 2012

Cik Bon Bon

ACIK RASA ....alhamdulillah. cik bon bon dah sampai. walaupun idak le byk lebih tahun lepas namun achieq bersyukur at least Co. tolong bayorkan income tax achieq. pusing pusing kat situ gak.

so achieq, gunakanlah ia sebaik-baik mungkin. berangan nak bwk family berjalan naik kapal torobang tp kena simpan lebih skitlah.

ok, achieq nak sambung kije. semangat berkobar2 nih.

Tuesday, April 03, 2012

Penantian Satu Penyeksaan

Acik Rasa... nak kongsi dengan anda apa yang achieq tengah rasa sekarang ni. Pernah dengar "Penantian itu satu Penyeksaan" ?? pernah ? tak pernah ? sure pernah punya.

Macam-macam jenis penantian dan macam-macam penyeksaan yang kita hadapi. Ada anak2 yang menanti keputusan peperiksaan yang sangatlah lama untuk diumumkan. Ada yang menanti anak-anak di rantauan pulang ke kampung (esp masa cuti sekolah dan musim raya atau cuti khas yang panjang). Ada tunangan yang menanti untuk disatukan. Ada orang pencen menanti hari pencen keluar , ada pulak yang menanti hari gaji, apa sajalah . pada yang sabar, alhamdulillah . tapi yang tak sabar atau kurang sabar memang agak mencabar.

Bagi achieq, benda yang achieq tunggu ni memanglah setahun sekali. Cik BonBon nama diberi. HA! yang ini memang senantiasa ditunggu dan dirindui. Kenapa Cik Bonbon lama sangat nak muncul. Anak2 pun dah lama merinduinya sebab masa ni saja mereka boleh minta toys yang diidam-idamkan. Apart of happiness for some people. Let it be coz some people choose to have happiness in many ways. right ? Like I said, for me Ms Bonbon can make people happy ;). Tengoklah topic Bro, we are talking about Bonbon isnt it. we are not talking about other things okay.

Mr Income Tax pun tengah menunggu utk dibayar, jadik pusing pusing Company tolong bayorkan, bolehlah tu. semoga Allah Taala memudahkan segala urusan achieq. InsyaAllah.

Short Holiday a.k.a getaway

ACIK RASA ....teruja sebab baru balik bercuti pendek (short holiday) ke Grand Lexis Port Dickson. Alah yang bilik ada swimming pool tu. Villa achieq tu (cheh macam sendiri punya) dekat water chalets.

Pada Achieq orang yang buat tempat itu sangatlah bijak . for my family, sangatlah memorable sebab kami sekeluarga sangatlah happy dapat mandi manda tanpa dilihat oleh orang lain. Walaupun harga untuk satu malam adalah mencekik tekak jugak hehe iaitu dalam RM600 ++ but  for me its still worth it.

Lepas ni achieq rasa , achieq akan ambik di garden pool villa sajork sebab malam ada agak ketakutan mendengar air laut menderu dan dan kat dlm villa itu ada see thru glass window , so sangatlah eerie if mlm2 tengok air laut itu. we all tutup dengan bantal der....hahahahaa. Achieq ni beranak kecik sangatlah tidak digalakkan utk lihat memalam. scary ah.

Malam lepas makan we all berendam sekali lagi tapi sejuk kedi lah masing2. my princesses enjoylah sbb sebelum sebelum ini pergi holiday mana nak ada swimming malam2 kan. oh ya dalam villa itu ada kitchenette so adalah microwave oven and kettle so bolehlah buat masak2 soupy or maggi . ada juga disediakan mangkuk kecil and sudu garpu untuk dua orang. bolehlah . Yang special dekat sini disediakan bahan2 minuman lebih daripada teh atau kopi aje tp yang in ada bermacam-macam jenis teh, ada jasmine teh , green tea, ice lemon tea, gula perang dan berbagai bagai jenis gulalah. memang perfectto.

Untuk servis pelanggan, achieq boleh bagi 4 per lima sebab apa, memanglah mereka berikan yang terbaik tapi bila some staff  tengok kita orang Malaysia dan melayu terus lain plak senyuman dia. pelik gak tu. macam double standard pulak. but anyway, maybe some of them are very judgemental i guess. whatever!! full stop.

Meh tengok gambo ek (style org johor ckp) ahaks.
puteri 4 x sabor nak mandi ..."mama when is my turn" ?

3 puteri tengah seronok berenang

folks, that's all for now
nak pergi lagi? nak nak nak

Monday, March 19, 2012

somehow i schedule this post tak kluar rupanya. lambat sikit keluar.

ACIK RASA ....x bape nak suka achieq punya blog ni ditukar setting viewnya. ntah achieq tak pernah tuko pun. naik keliru nak fahamkannya. 

oklah nak bg pendapat achieq untuk  RMxxx utk satu tugas. 

Wah wah sangat bagus permintaan kwn sebelah ye. sangat tamak pada pendapat achieq. Tidakkah pernah dema dema yg sepatutnya kasihani orang-orang yang sentiasa di tindas oleh kwn sebelah ini. Bagilah 10 tugas pun dan satu harga itu , kalau memang dah tak berapa nak reti buat kerja habuk pun tara. 

eloklah majikan2 buat nursery kat office ye. atau pun jabatan kebajikan upkan sikit image nursery2 tempatan. legalkan nursery mereka. rangkakan latihan2 yang menafaat utk owner2 dan pekerja nursery. apalah susah sangat. daripada kita memeningkan kepala kita dgn org2 sebelah eloklah kita beri latihan pada yg berkenaan untuk menaiktarafkan taska taska yang ada di Malaysia nih. Yang pandai org kita juga nanti dan boleh menaiktaraf pihak2 taska. daripada  org sebelah yang tak tahu di untung dan bersyukur hendaknya. 

Sabar sabar achieq. bukan nak melawan atau mengutuk . hanya my 2 cents. achieq tetaplah jugak menjadi bibik dirumah sendiri. ahaks. walaubagaimanapun, hanya Allah s.w.t saja yang maha mengetahui. Working mothers kena lebih bersemangat. Girls Power!

Wassalam

Tuesday, March 06, 2012

ACIK RASA ....rindu nak berblog but too busy too write. later later k.

Friday, January 20, 2012

Bersemangat baru

ACIK RASA ....alah posting yg achieq buat tu dah hilang. tidak apa boleh taip lagi. Achieq baru balik darp menghadiri staff retreat office no. 2 achieq. We had fun we had joy we also were given the new direction for new year. received with a lots of stuff from them . was also awarded as one of the award. best staff per say. received one samsung wonder for the gift of the year. Alhamdulillah. macam 2 ada...ada fippers flip flop, batik sarong, toiletries bag, bath gel and lotion of mark & spencer. wow a lot right. Had a great time during the battle of the superpowers. Hmm im in Batmans team. no no...im not wearing the gear just a t-shirt n the mask. bolehlah.....kan. but our leaders esp batman leader are very very sporting. for superman, wa caya lu. hahahaha.

By the way , achieq also received RM1000 (plus minor tax) for 1st Co.'s birthday. Thank you Dato'. Please stay longer. Alhamdulillah good start for new year and hopefully until the year end . insyaAllah. Amin

Apa lagi, ooh attended hubby's niece and nephew's wedding. Puteri 3 jadi flower girl as usual sampailah umur dah tak boleh jadi flower girl agaknya. lepas ni Puteri 4 turn pulak .


Meriah dan biasalah if kenduri kahwin sure ada hiccups here and there. Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan , Menteri Besar Negeri Sembilan and Dato Najeeb attended. Dapat tangkap gambar , yes Will upload pic once i got from person who got the shot k. sebelum tu tgk ler gambar puteri 4 with her cousin at the wedding.

anyway, that's about it. Take care all. luvs

Friday, December 30, 2011

Bye bye 2011 , hi hi 2012

ACIK RASA ..gembira ada sedih ada untuk meninggalkan 2011 ni. macam2 kejadian yang berlaku dalam diri ku ini. jom check it out....

1) Puteri 4 lahir -11/1/11 (significant sgt the birthdate and yes it was normal delivery ek tak de chop2 date)

2) maid achieq balik raya tak mo nak balik sini dan membuatkan achieq seperti bibiq yg bertauliah sgt. takpa redha tak ada ko pun wa lagi lega kepala otak. tul x kengkawan. you will feel free with the sakit hati with the maid thingy.

3) Puteri 4 juga masuk spital sampai 2 kali due to tak serasi ngan nursery.

4) Pergi short holiday to Genting Highlands, Penang and Kuantan..ehem En A bila rasa2nya nak naik kapal torobang ek bercuti . next year pun gonna short holiday juga sbb puteri 1 nak upsr.

5) Macam2 juga mendengar berita2 rumahtangga kengkwan bergelora. minta simpang 44 (apa ni) .nauzubillah minta dijauhkan. Hrap kwn ku tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t ini.

6)berita baik utk anak2 kengkawan dpt resutl upsr and pmr , congrates to my niece n nephew (twins) score 8As in their PMR. insyaAllah anak2 achieq will ikut jejak langkah korang . amin

7) wa minta transfer tp x dapek. boss wa sayang wa sgt . wa pasrah. Allah jelah yg membalas.

dan macam2 lagilah. here and there. achieq berdoa semoga Allah memberikan kemudahan dalam pekerjaan dan financial, kesihatan yang baik utk sekeluarga , keluarga yang bahagia , rajin beribadah dan keimanan. fokus yang tinggi utk puteri 1 shasha azwin utk peperiksaan upsr . mama percaya kakak can and will do the best. insyaAllah.

BYE BYE 2011, Thank you for the memories.

WELCOME 2012, hope everything goes well. insyaAllah.

wasalam.

Friday, December 09, 2011

Short Holiday

ACIK RASA ....a bit loose lah dah year end ni. Ramai dah sibuk bercuti so meeting pun dah berkurangan. Bolehlah top up mana-mana yang kurang ek. just wanna share my short holiday at Kuantan recently. Not much changed in Kuantan except for the shopping complex and one of the significant kat sana is The Zenith. Mabuk cantik tempatnya. Our hotel is at MS Garden. Hotel ni lama tapi baru diubah suai. nampak baru cuma food dia agak tak sampai tahap hotel yang kat KL ni. simple sangat.

This time around i planned to go for food hunter a.k.a jalan jalan cari makan. one of my project is nak makan Terminal Sate Zul, been told that this sate is one of the best in Kuantan. Yes! i found the place and oh no! it's closed coz went there on Tuesday. Sengalkan sebab x baca betul-betul opening hours and day dia. Sedih sangat sebab memang nak sangat2 makan sate tu. Nasib achieq x mengidam. oohh before that , planned to bring the kids to Kuala Gandah , Elephant Village, hehehe x jumpa jalan , boleh. Ye memang achieq ingat tempat itu senang sebab it's one of the Malaysia Fascinated Place so sure ada signboard tapi achieq memang x nampak. kesian kan, OR maybe masa tu achieq busy dalam kereta ngan puteri 4.

Takpa InsyaAllah akan sampai juga. Then we went to Bukit Gambang Waterpark. Yes, the kids enjoyed like tomorrow never comes hahaha and me not so as i need to babysit puteri 4. takpe takpe tak komplain cuma x enjoy saja. Biasalah ada baby. Sekejap aje tu. Bukit Gambang x kemana. Memang berangan nak panjang langkah pergi sini pergi sana. Lagipun this is my second time pergi ke Bukit Gambang. So tak adalah rasa rugi sangat.

We didn't go to Tanjung Lumpur as im sure the place will be packed as it's school holiday. so we decided to go one of the Tom Yam restaurant called Patani. It's nearby to Swiss garden Resort. Murah dan sedap. Malam tu kami order Siakap Stim, Kerapu 3 rasa, udang masak sambal petai, kerang rebus, sotong bakar and tom yam. baru RM113.00 camtu. pergh berbaloi baloi. ikan besar2 itu campur sekali dengan air the kids yang akan order air 2 kali. memang ek budak budak ni mesti dua kali order air. iyelah kita pun kalau makan kat rumah minum air pun bergelen masa makan nasi. ini kat kedai nak minum segelas, tercekik weh....

Semasa perjalanan food hunter, achieq ada ternampak satu kedai namanya "ten ten" berderet deret dia jual beg sekolah. ambik kau! berhenti konon nak tengok2 aje rupanya memang beg2 dekat situ taste puteri2 , apa lagi borong sakanlah . so settle terus barang sekolah beli kat Kuantan. ohh yes! imagine lah bila me loading beg2 termasuk barang sekolah the kids memang tak nampak lantai kereta...hahah nasib MPV.

Sekarangkan BIG Sale sana pun ada juga. Barang2 murah banyak cuma kena rajin carilah. oklah wa dah kehabisan idea. semoga berjumpa lagi Kuantan. thank you for the sweet memories.

Achieq rasa , next round nak pergi holiday naik kapal torobang.......

Sunday, November 20, 2011

UPSR

ACIK RASA ....gembira ramai anak2 kawan achieq dpt results with flying colors. Tahniah untuk anak ton 3A 2B, Kak Pa 4A 1B, amir 5A, su 5A, datin sebelah ghumah pun 4A 1B dan ramai lagi.






alhamdulillah, tapikan achieq tak tahu lah perasaan achieq bercampur baur . Puteri 1 achieq akan menduduli peperiksaan ini tahun depan. sekarang achieq dah dapat rasakan tekanan nyer if fikir tentang ini. apa2 pun i will try not to put her in pressure. take it easy . giver her the best that i can.






This mornig, we talked about the results at her school. and for the first time , she admitted that she must strive the best to get her good results in UPSR. InsyaAllah kakak, mama akan sentiasa mendoakan kejayaan kakak. Usahalah anak ku, tenangkanlah fikiranmu, solat jangan tinggal, fokus pelajaran yang diberikan oleh guru2 dan selebihnya bertawakkallah kita kepada Allah s.w.t. InsyaAllah kakak, i believe in miracle coz you are my first miracle baby. You are genius in what you do, what you say and always be the best in your life. i love you so much.






ok, nanti kita comeback at this entry masa results UPSR kakak tahun depan. insyaAllah.











Friday, November 18, 2011

Busy Melangit

ACIK RASA ....x cukup tangan . busy bebenor kat rumah busy kat opis toksah ckp ler. mcam lipas kudung dibuatnyer. tapi kadang -kadang achieq lagi suka ada kerja kat opis takdelah kekdahnyer nak beborak sakan atau ngaco org yg dok berkerja sebab kita pun busy iye dak.





Well, mak achieq pernah cakap once you dah ada anak tak ada istilah rehat ye dalam kamus idup sebab ada saje benda nak buat. betul cuba pikior (bak kata org perak) . pagi basuh baju nak buat sarap family. lepas tuh baju berjalan mesin, dah siap masuk dryer plak. dah kering nak lipat lak. dah sibuk nak vacuum rumah merata , nak basuh bilik ayor nak mop itu ini....gitu gini ddah nak masuk lunch time dok bersilat kat dapur pulak. memikir apa nak makan , nak masak ni anak lagi satu x suka , masak itu yang lagi sorang lak x suka, nak masak western paknyer lak x gemor. atte achieq masak ler semua punya feveret...udahnyer feveret achieq jadik semua lauk sbb if depa semua tak habiskan achieq juga yang abiskan sbb sayang nak buang. nak simpan pun cam ala ala not worth it kan. yang besor sizenyer pun achieq ler juga. hehehe *jgn ko nak salahkan makanan lak ye chieq*. ok udah abis lunch bagai, basuh pinggan periuk belanga dah start mikior nak buat apa lak petang nih. berkuntau lagi kat dapur sampai ler ke dinner.






rehatnyer cuma sekejap masa nak ke hi-tea time...udahnyer bila nak rehatkan. hehehe alasan ler nak kata tak leh nak exercise. memang x cukup masa. masa amat mancemburui achieq.





Tapi achieq sangat puas hati sebab achieq masih boleh handle segala kerja2 rumah tu. apa yang achieq lakukan, take it easy. tarik nafas dalam-dalam lepas tu lepaskan nafas tu dengan tekanan2 itu sekali. baru rasa boleh bernafas. perfecto! berjaya menutup mata if nampak benda2 yg menyakitkan mata kat rumah tu. if penat , rehatkan badan dulu tido dulu ke or saje duduk tengok tv lepaih tu baru sambung balik , if not...memang forever and ever tak dan nak rehat. badan pun bukan muda lagi dak. dengan factor umur jugak ler achieq rasa achieq kena lebih banyak chilll. ehh jom karok!!





well stress n busy at the office, can't say much lar. kerja makan gaji. camtulah. redha saje . i just follow the flow , sampai x leh cope then will think the next step. ye dak wat pe nak pecah kepala pasal work never ending story. promotion??? insyaAllah adlah rezeki achieq if boss achieq tu baik hati..huhuhuhahahahah.






meh tengok gambo ni ceria-ceriakan hari anda









achieq ambik gambar ni masa trip ke Bandung last time. nama bas ni memang dahsyat.









ok, till meet again. wasalam