Nuffnang Ads

Monday, October 01, 2012

Al-fatihah - Damailah kamu di sana Sayang, Nurhazirah Atikah bt Mohd Rasidi

Bismillahirrahmanirohim.....Al-Fatihah (baca ye) .

Pagi Hari Jumaat yang lepas , 28 September 2012 bersamaan pada 12 Zulkaedah 1433, penghulu hari telah kembalinya anakanda saudaraku yang bernama Nurhazirah Atikah ke rahmatullah. Diagnosed SLE.she is only 19years old

Dapat BBM dari kakak arwah "Acik, adik x bernafas ....bibir dah biru dan hidung dah berbuih ...akak dekat emergency" . Achieq terdiam sekejap melihat BBM tersebut  .... Ya Allah hanya kau yang tahu ..itu saje yg dapat achieq fikirkan pada masa tu. War-warkan kepada my sis and bro  tapi x sampai 10 minit achieq dapat lagi satu message BBM....Achieq, Eka dah kembali ke rahmatullah sekejap tadi. Ya Allah....innalillahiwainailahirojiun.

Arwah detected sakit SLE raya last year and dah sihat . Tapi lepas raya tahun ni, kesihatan arwah semakin teruk. muka dah ada   butterfly rash and whole body ater retention as her kidney is damaged. Kasihan achieq tengok dia. Allah taala lebih sayangkan dia.

Arwah adalah seorang yang sangat ceria. manja dan comel orangnya. Damailah kamu di sana. Semoga rohmu ditempatkan bersama2 orang yang beriman sayang. Achieq redha pemergianmu, sayang.

Pada Kakak, tabahlah hatimu sayang . Cekalkanlah hatimu. Kamu seorang yang sangat kuat. Kami sekeluarga ada disisimu. Kamu kakak yang sangat mulia hatimu. Jaga adik sampai ke akhir hayatnya. Sanggup berkorban apa saja untuk adikmu (arwah). Sekiranya kau teringat akan dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan berdoa semoga Eka akan sentiasa dirahmati Allah taala. Love you.

Pada yang kurang pasti apakah penyakit SLE ini. bacalah bila ada masa ye.


 My Niece - Love you Forever and ever. Al-fatihah.

  Wassalam.