Nuffnang Ads

Thursday, December 04, 2014

Double Face

ACIK RASA ....waktu untuk membebel.

pening juga memikiorkan orang yang double face ni. No doubt kadang2 kita pun kena  double face  tapi idok le selalu kan sampai org pun naik jelek. Tengok keadaan ler.

Nak kata kawan, suka jatuhkan airmuka orang , nak kata lawan selalu tolong orang atte acik pun serba salah. rasa macam can be trusted tapi alih2 terdengar juga cite2 rahsia drpd org lain.

Hmmm sangat2 bahaya. sampai kita pun dah nak jd macam dia juga, ello der , dah kenape perangai macam ni ?? agak2lah

awat bila 'dia' ada hang  bukan main concern ye tp if 'dia' x de heran pun idak ....
malulah sikit awak tu ckp orang macam2 tapi pernah tak awak tu muhasabah diri yang sebenarnya kenapa orang tak suka awak.

kenapa ? kenapa ? mesti berpura2 . lecehlah ada kwan macam ni. sengal k , sebab hang macam ni orang pun ingat den macam hang.

karang x pasal2 'dia' ngan aku x baik. ooh susah der.

Silalah kita sentiasa berfikir dan mempunyai perassan tidak mementingkan dan membanggakan diri .
Orang tau kamu pandai, bijak, torrrbaik dlm bekerja , kamu aje yg sopan, kamu aje yang sempurna ...
tak yah canang selalu ...muak der.

sesapa yang termakan cili memang le rasa pedas tapi  bukanlah untuk kita meneka2 siapakah orang nyer, dah tok sah nak tanya sapa kah gerangan orang itu ...cuma achieq nak membebel aje .

Harap2 kita semua yg baik2 jgn jd macam ni ye, selalu sgt double face nnt karang jadi face off baru tau haaaaa....

luvs,

Achieq

Monday, November 03, 2014

Double standard

As Salam, buat apa tu ...hiks achieq nak bebel sikit pasal double standard nih. bukan rasa apa pun cuma terfikir 2 apa yang orang lain berfikir bila buat "perangai" double standard nih. 

Pernah ke you all buat kat orang macam tu, dekat keluarga ? dekat kawan2? dekat boyfriend2 ..eh , girlfriend2 ? Pernah x?

Achieq bagi contoh lah ye .

Pernah ke you all pergi ke satu kedai and then the salesman tu macam buat buat tak Nampak kat kita ? macam kita tak mampu beli barang kat situ kan...pernah kan.

Pernah tak juga , pinggan yang di pakai oleh mak mertua masa korang datang makan beza ngan pinggan yang digunakan semasa fav anak or other menantu datang makan. ko punya itulah yang sompek sompek dibaginya...if yang datang tu favourite tu dibawaknya kluor daripada kotak lagih..heheh pernah kan? heheh

Pernah x korang belanja geng pun x sama bila yang ko suka mahal sikit tapi yg geng biasa2 murah sikit ahhh....pernah x ? achieq pernah buat yang ni hiks. yang ni sapo baik dgn den , den 10 kali baik ngan korang.

Bagi hadiah pun lain2 . yang ni achieq tengok fulus achieq if masa tu kaya raya gedabaklah ko dapt tapi kalau masa tu sorru pun miss alamatnya kotak tissue jerlah ko dapat. hehehehe pernah x ? pernah kan

apa lagi yang kite mendoublekan standard yang kdg2 kita x perasan.

hah lagi satu pergi  rumah orang kahwin, pergi jemputan ni mcm2 if orang yang jemput korang tu buat kat hotel tudiaaa besar punya hadiah dibaginya kekonon nak sama standard ler tu  ..if buat kat kampong nak salam kaut pun berkira kan ....pernah x ? pernah kan....

Achieq saje je Tanya korang nih sebab rasa macam2 dah achieq tengok dan kdg2 achieq pun pernah experience n buat juga *tutup muka malu tapi itulah lumrah alam. ada yang orang suka ada yang orang tak suka mcm kita juga.

Pada achieq , buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali. Betul tak ?  ..usah di layan usah sentap happy happy aje udahlah ye. Life is short do whatever you think is best for you asal tidak melampau.

Ok take care and don't worry be happy ....yeay

Achieq rasa lega















Tuesday, July 01, 2014

ACIK RASA Syukur....Ramadhan yang ketiga (3) .

syukur ku pada mu Ya Allah. banyak perubahan terhadap princesses ku. semoga mereka kekal sebegitu ya. Keep it up girls. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kami sekeluarga dan dilimpahi rezeki dan kasih sayang drMu.

Tempat rezeki ku...setahun sudah berlalu. banyak juga liku2 yang ditempuhi tapi achieq percaya ada hikmah disebaliknya. mungkin Allah Taala ingin memberi achieq sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Hanya Allah saje yang tahu . Terima kasih pada yang ikhlas memberi tunjuk ajar.

Sahabat2 ku.....syukur Alhamdulillah dikurniakan sahabat2 yang kenal erti sahabat sejati. Yang x sejati pun ada juga tp xpe lah udah itu yang dipilih oleh mereka. sahabat silih berganti. Hargailah mereka yang sejati kan ..

Al-fatihah untuk eka, rindu sgt dengan awak adik. Semoga roh mu ditempatkan bersama2 orang yang solehah.

Selamat Berpuasa dan Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah.



Monday, July 29, 2013

OMG OMG

Achieq rasa mcm dah in raya mood....happy happy juga tp sedih sedih juga sbb this year raya tanpa kamu Nurhazirah Atiqah a.k.a eka , beckam, pet and adik. Miss u miss u ..Al-fatihah. (baca tau)
 
Ok, life must go on. Dalam kepala otak achieq ni mcm mcm nak buat . Kuih raya nak buat , yg beli lain. nak tukar langsir( hmm x beli baru just recycle ok) , nak kemas rumah , nak lap ni nak lap tu, nak pasang nih nak pasang tuh....atte macam macam keroje katenyer. Perggh penat weiii. askar2 wataniah ikut mood gak ,,puasa ler katakan.
 
Eh mike2 , awak, ko, kau, mung, you , dema udah beli baju raye. oooi achieq sakan beli baju puteri2 , beli utk mak, beli utk mak mertua , pak mertua, adik ipar bagai, untuk rumah pun belilah sarung yang dah lama x bertukar....hmm hatta baju melayu che abe pun beli jugak....bila dah selesai semua. Dua tiga hari juga ler achieq dok pikior2 apa lg yg x beli. Omaigad!! OMG OMG atte teman lupa nak beli untuk teman baju raya. hmm tak apelah budget pun dah abis. pakai jerlah tahun 2 yg lepas. (sessi menguruskan badan tau- erks tersedak jap) hrp2 boleh muat lagi ye.
 
Macam ok jer x beli baju raya. Ehhh jgnlah ingat saya shopping sakan. beli yang wajib jer tuh. byk benor ayat beli ....kuasa membeli di tangan wanita. hahahaha
 
takpa2 , next year kita buat kuasa menjual..baru masyuk. tapi nak jual apa ek. ok nak plan baikkk punyer. harap2 dipermudahkan.
 
Oklah nak balik masak. lauk apa plak hari ni Chef Achieq nak masak ya. oh man i've got no idea. bagi idea cepatttt....kemabukan kepuasaan (cikgu cikgi abaikan bahasa pasar teman yer).
 
Ok Selamat Berpuasa yang 10 terakhir, semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah Taala.
 
Wassalam
 
Achieq rasa macam bertenaga balik untuk ber'blog'
 
 
Dear Blogku, Achieq rasa malu ....*katup muka* sebab dah lama no tak update blog nih. ada beberapa sebab yer readers ....

1. Kesibukan yang melampau untuk penghijrahan ke tempat kerja yang baru. How i survived with someone who cant accept that im leaving him for goods. Soo many un ethical actions he acted. But it's ok , i believed in Hukum Karma. Allah Maha Adil.
 
2. Adapting of the new place including of work , environment, colleagues as well as culture. Phewww, alot more to learn. New friends to make. New working relation to built. InsyaAllah i will survive. Thanks to adik2 sexytary, Mimi, Tiqah and Diana who helps a lot for this movement. The new guidance and new direction from new boss as well.   
 
3. Bulan puasa. Hmmm for working mothers like me , no rest lah. but its ok. life is short so enjoy regardless how tired are you.
 
4. bz2 menjadi ibu yang berkerja. Puteri keempat dah semakin bijak dan bermacam-macam ragam. puteri2 yang lain juga sedang meningkat dewasa. OMG, she is so demanding now. i guess terlebih makan kismis kot. haha si kenit pelat nih in learning stage and trying an error stage soooooo sabor sabor k achieq. am also worrying about my 2nd princess UPSR in Sept. study study study ...why ? im in need to study of their subjects too. 
I'll try my best to keep updated from now on . Yup another promises... Well at least i have a gut to promise right . 

Ok gtg .......

Achieq feelssss wonderful.

Monday, October 01, 2012

Al-fatihah - Damailah kamu di sana Sayang, Nurhazirah Atikah bt Mohd Rasidi

Bismillahirrahmanirohim.....Al-Fatihah (baca ye) .

Pagi Hari Jumaat yang lepas , 28 September 2012 bersamaan pada 12 Zulkaedah 1433, penghulu hari telah kembalinya anakanda saudaraku yang bernama Nurhazirah Atikah ke rahmatullah. Diagnosed SLE.she is only 19years old

Dapat BBM dari kakak arwah "Acik, adik x bernafas ....bibir dah biru dan hidung dah berbuih ...akak dekat emergency" . Achieq terdiam sekejap melihat BBM tersebut  .... Ya Allah hanya kau yang tahu ..itu saje yg dapat achieq fikirkan pada masa tu. War-warkan kepada my sis and bro  tapi x sampai 10 minit achieq dapat lagi satu message BBM....Achieq, Eka dah kembali ke rahmatullah sekejap tadi. Ya Allah....innalillahiwainailahirojiun.

Arwah detected sakit SLE raya last year and dah sihat . Tapi lepas raya tahun ni, kesihatan arwah semakin teruk. muka dah ada   butterfly rash and whole body ater retention as her kidney is damaged. Kasihan achieq tengok dia. Allah taala lebih sayangkan dia.

Arwah adalah seorang yang sangat ceria. manja dan comel orangnya. Damailah kamu di sana. Semoga rohmu ditempatkan bersama2 orang yang beriman sayang. Achieq redha pemergianmu, sayang.

Pada Kakak, tabahlah hatimu sayang . Cekalkanlah hatimu. Kamu seorang yang sangat kuat. Kami sekeluarga ada disisimu. Kamu kakak yang sangat mulia hatimu. Jaga adik sampai ke akhir hayatnya. Sanggup berkorban apa saja untuk adikmu (arwah). Sekiranya kau teringat akan dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan berdoa semoga Eka akan sentiasa dirahmati Allah taala. Love you.

Pada yang kurang pasti apakah penyakit SLE ini. bacalah bila ada masa ye.


 My Niece - Love you Forever and ever. Al-fatihah.

  Wassalam.

Tuesday, September 04, 2012

Raya Fever & UPSR

Salam.apa khabar ? dah abis raya ? mcmana berat badan naik x ? Alhamdulillah berat achieq maintain sebab achieq control sebab tahu raya ni sure naik badan bahana makan berlebihan. achieq ni kan satulah. makan boleh control tapi air color2 tu tak dpt menahan nak minum ajer. termasuk yang bergas lagilah sedap.

Anyway, raya tahun ni achieq cuti sekejap saje sebab kena balik kerja raya keempat. Tanggungjawab tuh. Buat dengan rela hati. tapikan cam best je kerja masa orang tak ada banyak benda boleh settle.

Raya tahun ni walaupun x lama cuti tapi meriah nak pulak puteri 4 dah boleh berjalan. pakaikan baju2 baru cute mute le jadinya. Achieq dah lama x menyambut malam raya kat Muar. seingat achieqkan lepas kahwin langsung x da. semua balik raya kedua or ketiga sebab mother raya KL dulu or turn muar malam raya my turn raya di Melaka. tahun ni hubby dengan rela hati bagi chance merasa malam raya kat Muar itu yang bestttttt sesangat. 

Raya Kedua , achieq dh berdesup ke Melaka. alaaaa....hehe takpa ahh bertolak ansur kan. camnila.
Melaka pun ok . raya sana sini sebab cukup korum adik beradiknya beraya konvoi. Dapatlah jumpa waris2 belah hubby.

cakap pasal raya memang takkan abis. SO, minggu ini pun ada byk lg undangan ke open house. makan makan n makan lagi.

Semoga semua sihat walafiat ye. Achieq akan busy menjadi guru semantara untuk Puteri 1 sebab nak periksa UPSR. so doa2kan  semoga Puteri 1 dapat menjawab soalan2 peperiksaan dengan tenang dan betul. Semoga Allah memudahkan urusan Puteri 1. Amin,

Mama confident Kakak boleh buat yang terbaik. insyaAllah. All the best kakak.


Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri

ACIK RASA ....sedih sbb tak cuti lama raya ni sobab ada deadline...huhuhu pekerja dedikasi....iyolah.
 Sedih tu adalah dalam 10% jer sbb lagi 90% tuh dah x sabar2 nak raya ni haa. raya mood dah meluap2 dalam diri.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat beraya dengan keluarga tercinta.

Dikesempatan ini, achieq dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata , terkasar perbuatan dan terngumpat (hiks *-* hamba manusia biasa) secara langsung atau tidak. sensungguhnya yang buruk dari saya dan yang baik dari Allah s.w.t .

Berhati2 di jalan raya. Berpada-pada makan di hari raya , cheating day only first raya ok.

InsyaAllah achieq sekeluarga akan beraya di MUO...dulu dan susulan ke Melaka raya kedua.


Gamabr Raya tahun lepas. Pink n Chocolate Theme. This year would be in green. mixed of all green colors. hahaha go green!!! nasib x buat baju pakai brg2 recycle. hahaha

Tahun ni  meriah ler sikit sbb putei 4 dah boleh berjalan . persiapan pun utk puteri2 dulu. dah lepas baru mak dan pak dara.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin